KUALA LUMPUR: Kegiatan licik sindiket pengedaran dadah menjual ‘biskut ganja’ semurah RM90 sepeket secara dalam talian akhirnya tumpas apabila lapan individu termasuk dua wanita diberkas polis pada minggu lalu. Sindiket yang dipercayai beroperasi sejak setahun lalu itu memperoleh bekalan ganja dari Thailand sebelum memproses dan membungkusnya dalam bentuk biskut untuk dijual secara atas talian. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, mereka diberkas dalam dua operasi berasingan dengan…