PETALING JAYA: Polis menjalankan siasatan berkaitan kes seorang wanita didakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di sebuah kondominium di Damansara, di sini.
Difahamkan, laporan telah dibuat wanita itu di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berkenaan pada Ahad lalu.
“Ya, kita ada menerima satu kes pelakon memukul kekasihnya.
“Kes masih dalam siasatan,” katanya ketika di sini hari ini.
Terdahulu, mangsa memuat naik gambar kecederaan dialaminya di aplikasi Instagram miliknya.
Dia turut berkongsi gambar kecederaan di bahagian mata dan badan yang didakwa dilakukan aktor bertubuh sasa terbabit. – UTUSAN