PN hormati keputusan, dakwa undi BN-PH merosot - Utusan Malaysia

PN hormati keputusan, dakwa undi BN-PH merosot

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perikatan Nasional (PN) Perak menghormati keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning semalam yang dimenangi Barisan Nasional (BN).

Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, PN menzahirkan penghargaan kepada semua pengundi yang telah melaksanakan tanggungjawab dalam proses pilihan raya tersebut.

Menurutnya, PN juga mengucapkan terima kasih kepada jentera parti yang berusaha sedaya upaya dan anggota pasukan keselamatan yang bertugas serta petugas SPR yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti.

“Walaupun peratusan keluar mengundi menurun sebanyak 20 peratus, sokongan pengundi terhadap PN tetap kekal.

“Sebaliknya, keputusan PRK ini membuktikan bahawa gabungan BN-PH semakin kehilangan kepercayaan rakyat kerana undi gabungan mereka merosot,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sungguhpun kemenangan belum tercapai, PN tetap beriltizam untuk membela dan memperjuangkan nasib rakyat dengan lebih gigih.

“⁠PN Perak yakin, dengan semangat dan kepercayaan rakyat yang semakin kukuh, gelombang perubahan lebih besar akan tiba,” katanya.

BN mempertahankan kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 5, 006 undi selepas calonnya, Dr Mohamad Yusri Bakir mendapat 11,065 undi, mengatasi calon PN, Abdul Muhaimin Malek (6,059) manakala calon PSM, Bawani KS 1,106 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya