PM akui masih ada kecuaian, ketirisan, rasuah

PM akui masih ada kecuaian, ketirisan, rasuah

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.- UTJSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kumpulan penjawat awam untuk mencari jalan supaya langkah reformasi perkhidmatan awam yang sedang dilaksanakan dapat mencapai apa yang dimahukan.

Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak boleh dipandang ringan dan remeh berikutan masih wujud elemen kecuaian, ketirisan selain laporan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Menurut beliau, ketua jabatan dan kementerian perlu terus berwaspada bagi memastikan hasrat menyelamatkan negara dan bangsa dapat dicapai.

“Antara isu yang terkait ialah kita seharusnya berbicara soal ini, bagaimana sebagai negara bina satu kesatuan, fokus dalam semangat Madani dengan kekuatan akidah, akhlak, nilai, (selain) kebijaksanaan fiskal dan ekonomi untuk mengangkat diri kita.

“Tapi, perbincangan ini nampak tidak begitu menarik, walhal faktor itu boleh selamatkan kita, kecerdasan buatan (AI), transformasi digital bagi menentukan kita lebih cekap, selamat dan maju.

“Hal ini seharusnya kita renungkan, AI untuk rakyat, kita tekankan, sama ada berhasil atau tidak, itu terserah kepada kita semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN