Petronas Dagangan catat jualan tertinggi dalam sejarah, 16.8 bilion liter minyak

Petronas Dagangan catat jualan tertinggi dalam sejarah, 16.8 bilion liter minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas Dagangan Berhad (Petronas Dagangan) merekodkan jumlah jualan 16.8 bilion liter minyak, iaitu tertinggi dalam sejarah.

Petronas Dagangan berkata, keadaan itu mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran dengan hasil RM37.95 bilion dipacu volum jualan terutama daripada gasolin motor (Mogas) dan Jet A-1 yang lebih tinggi walaupun harga jualan purata lebih rendah.

“Keuntungan bersih bernilai RM1.12 bilion, rekod tertinggi selepas pandemik Covid-19 selain melepasi paras RM1 bilion buat kali pertama sejak wabak berkenaan tamat,” katanya dalam kenyataan.

Petronas Dagangan berkata, keputusan kewangan kukuh untuk tahun kewangan 2024 yang turut melepasi jangkaan serta mencatatkan pencapaian baharu dalam segmen runcit dan komersial.

“Hasil daripada keuntungan yang lebih tinggi, perolehan setiap saham (EPS) turut meningkat sebanyak 15 peratus kepada 109.4 sen dengan dividen setahun penuh sesaham adalah 107 sen, termasuk dividen khas 20 sen.

“la diterjemahkan kepada pembayaran dividen sebanyak 100 peratus yang jauh melebihi kadar dasar dividen sebanyak 50 peratus daripada untung bersih kami kepada pemegang saham dan mencerminkan prestasi cukup kukuh,” katanya.

Keuntungan operasi Petronas Dagangan bagi tempoh itu juga menyaksikan peningkatan ketara sebanyak 15 peratus kepada RM1.55 bilion, disumbangkan pertambahan keuntungan kasar daripada semua segmen.

Kesannya telah dikurangkan oleh perbelanjaan yang lebih tinggi selaras dengan pertumbuhan dalam aktiviti perniagaan namun keuntungan kasar didapati meningkat sebanyak 15 peratus kepada RM1.53 bilion.

Petronas Dagangan juga meraih pengiktirafan peringkat nasional untuk keselamatan stesen, dengan 25 anugerah Platinum dan 408 Emas daripada Majlis Kebangsaan untuk Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan (NCOSH).

Selain itu katanya, perniagaan komersial tumbuh kukuh apabila memaksimumkan pulangan daripada segmen bernilai tinggi, dengan volum meningkat sembian peratus dalam penerbangan dan 19 peratus dalam diesel.

Pelancaran sistem SmartPay di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengekang masalah ketirisan juga memperkukuhkan lagi penawaran kepada pelanggan armada.

“Syarikat turut mengekalkan semula kedudukannya sebagai peruncit LP G terkemuka Malaysia, apabila mencapai volum tertinggi sejak 2016 dan mendapatkan lebih 50 pelanggan komersial baharu pada tahun tersebut,” katanya.

la turut memperkukuhkan perniagaan pelincir melalui perkongsian kukuh dan mencatatkan pertumbuhan volum sembilan peratus, mengatasi penanda aras industri selain rangkaian AutoExpert Petronas berkembang ke-95 cawangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya