TAPAH: Peti undi bagi pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Merdeka Tapah di sini.
Tiga peti undi pertama itu tiba pada pukul 5.15 petang
Peti undi daripada tiga saluran itu membabitkan undian daripada 500 anggota polis dan pasangan pada Selasa lalu.
Proses mengundi itu dijalankan di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor dan Dewan Anggerik Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah. – UTUSAN