Perkahwinan kami tidak dapat diteruskan dengan aman - Nora Ariffin nekad cerai - Utusan Malaysia

Perkahwinan kami tidak dapat diteruskan dengan aman – Nora Ariffin nekad cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin nekad mahu memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr. Rushdi Ramli di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, pada 21 April ini.

Menurut Nora, keputusan tersebut dibuat selepas gagal menemui titik penyelesaian meskipun sudah pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinannya.

“Saya nekad membuat keputusan untuk memfailkan permohonan perceraian terhadap suami saya.

“Hal ini berikutan wujudnya campur tangan pihak ketiga sehingga perkahwinan kami tidak lagi dapat diteruskan dengan aman. Bahkan, memberi kesan kepada keselamatan saya sehingga membawa kepada pengabaian,” katanya.

Kata Nora, dia berharap keputusannya itu juga dapat menghentikan segala spekulasi berkaitan kemelut rumah tangganya sejak bergelar isteri kedua kepada ahli akademik tersebut.

“Atas faktor keterdesakan dan kebaikan semua pihak, saya tetap bersama keputusan saya bagi meneruskan tindakan perceraian ini.

“Bukan tidak mahu menyelamatkan rumah tangga, pelbagai usaha telah dilakukan namun segala-galanya menemui jalan buntu,” jelasnya.

Reda usaha untuk menyelamatkan rumah tangga tidak membuahkan hasil, penyanyi lagu Hanya Satu itu juga enggan reputasinya terus terjejas gara-gara kemelut yang tiada kesudahan itu.

“Tidak dinafikan bahawa segala usaha untuk memulihkan rumah tangga telah melalui pelbagai peringkat termasuklah sesi pertemuan dan perbincangan bersama pihak-pihak terbabit tetapi masih tidak mencapai kata penyelesaian.

“Malah, kemelut ini menjejaskan keselamatan dan merosakkan reputasi saya sebagai seorang artis yang telah bergiat sekian lama dalam industri muzik,” katanya lagi.

Dalam kenyataan tersebut, Nora memaklumkan dirinya akan memfailkan perceraian pada pukul 10.30 pagi ditemani peguam syarie daripada Tetuan Sarah Ali & Co.

Sebelum ini, Nora mengejutkan ramai apabila memuat naik foto hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dipercayai ingin memfailkan perceraian terhadap suaminya selepas didakwa didesak oleh pihak ketiga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya