Perhebat sokongan untuk anak autisme

Perhebat sokongan untuk anak autisme

TUNKU Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz (berdiri lima dari kanan) dan Mohammad Munzir Aminuddin (berdiri empat dari kanan) bergambar bersama kanak-kanak autisme dan tetamu pada Rumah Terbuka Aidilfitri pusat berkenaan di Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sokongan daripada semua pihak perlu diperhebatkan untuk membantu kanak-kanak autisme menyertai aliran pendidikan utama negara.

Ahli Lembaga Pengarah Pusat Autisme IDEAS, Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz berkata, ia bermula daripada kesedaran ibu bapa yang mempunyai anak autisme untuk menghantar anak mereka ke pusat pendidikan asas dan khusus.

Beliau yang juga Pengerusi Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata, anak autisme akan didedahkan dengan pelbagai jenis terapi seperti hidroterapi, hipoterapi, muzik dan sesi tingkah laku di pusat pendidikan tersebut sebelum mereka mampu diserapkan ke sistem persekolahan biasa.

“Sebagai contoh, Pusat Autisme IDEAS telah membantu hampir 100 peratus daripada 200 anak autisme yang telah mencapai usia prasekolah mendapat pendidikan awal sebelum menyertai aliran pendidikan utama negara sejak 2012.

“Intervensi awal ini penting dengan hasrat anak-anak ini dapat pergi ke sekolah seperti biasa dan kemudian bekerja sama seperti orang lain,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Pusat Autisme IDEAS cawangan Nilai di sini hari ini.

Seramai 38 anak autisme bersama keluarga mereka diraikan pada majlis anjuran peneraju jenama telekung Siti Khadijah, Enda Group Sdn. Bhd.

Yang turut hadir, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Enda Group, Mohammad Munzir Aminuddin.  

Tunku Zain Al-‘Abidin memberitahu, masyarakat dan para penderma juga memainkan peranan sangat penting bagi menyokong pendidikan asas tersebut.

“Misalnya hari ini, majlis rumah terbuka ini dianjur oleh jenama Siti Khadijah yang merupakan syarikat terletak berhampiran pusat ini.

“Tajaan ini sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pendidikan untuk anak autisme,” ujarnya.

Sementara itu, Mohammad Munzir berkata, syarikat itu amat berbesar hati dapat menjayakan majlis itu sebagai komitmen berterusan terhadap pembangunan sosial dan sokongan terhadap komuniti istimewa. 

“Majlis ini bukan sekadar sambutan Aidilfitri tetapi platform menyemai kesedaran dan kasih sayang dalam mendukung kehidupan lebih inklusif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya