Penambahbaikan LSP kurangkan bayaran balik pinjaman JPA

Penambahbaikan LSP kurangkan bayaran balik pinjaman JPA

JPA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penambahbaikan program Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP) sekali gus mengurangkan bayaran balik pinjaman pengajian di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuat kuasa 1 Jun ini.

JPA menerusi kenyataan memaklumkan, model baharu LSP itu akan menggantikan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) 2016 berasaskan merit tempat berkhidmat kepada Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik (PBU Akademik).

Menurutnya, program itu akan dilaksanakan kepada semua pelajar kecuali penerima Dermasiswa.

“Melalui model baharu ini, pelajar tajaan JPA akan menikmati pengurangan bayaran balik berdasarkan pencapaian akademik dengan kriteria tertentu. 

“Pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) akhir 3.75 hingga 4 atau setara tanpa pelanjutan perlu membuat lima peratus bayaran balik PBU Akademik. 

“Sementara PNGK 3.50 hingga 3.74 atau setara pelanjutan membuat 10 peratus bayaran balik PBU Akademik, diikuti PNGK akhir 3.00 hingga 3.49 (15 peratus), PNGK akhir 3.00 hingga 3.49 (15 peratus), PNGK 3.00 dan ke atas atau setara (20 peratus), PNGK akhir di bawah 3.00 atau setara atau gagal pengajian (100 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

JPA berkata, langkah itu selaras dengan prinsip Ihsan Madani yang bertujuan memperkasa pembangunan modal insan berteraskan kecemerlangan akademik dan sahsiah dalam kalangan warganegara Malaysia yang berkelayakan.

Berlainan dengan pelajar bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi (PPF), mereka akan mendapat pengecualian penuh bayaran balik pinjaman sekiranya berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya serta memenuhi ikatan kontrak berkhidmat dengan kerajaan.

“Sekiranya pelajar tidak tamat pengajian atau gagal memenuhi ikatan kontrak, mereka perlu membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman,” katanya. 

Mengulas lanjut, JPA berkata, pelajar sedia ada di bawah model PBU 2016, opsyen penukaran ke PBU Akademik akan dibuka secara berperingkat mulai 1 Januari 2026.

“Pelajar PBU 2016 yang sudah tamat pengajian dan kini membuat bayaran balik diminta menghentikan bayaran balik bermula 1 Jun ini sehingga penukaran opsyen dibuka secara berperingkat mulai 1 Januari 2026,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya