PETALING JAYA: PKR dilihat sedang menyiapkan barisan kepimpinan baharu untuk menggantikan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) yang dijangka berlangsung dalam tempoh dua tahun akan datang. Ini kerana, pemilihan PKR di peringkat Cabang bukan sahaja menyaksikan kemenangan muka-muka baharu tetapi turut melibatkan nama-nama besar yang memegang pelbagai jawatan, sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri tumpas dalam pemilihan. Antaranya, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,…










