Pemilihan PKR di Selangor lancar, 76 peratus selesai undi peringkat cabang

Pemilihan PKR di Selangor lancar, 76 peratus selesai undi peringkat cabang

AMIRUDIN Shari beramah mesra dengan pengunjung Majlis Tautan Kasih Komuniti Sabak Bernam di Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam hari ini.-UTUSAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Proses undian peringkat cabang bagi Pemilihan PKR di Selangor berjalan lancar dengan 76 peratus daripada lebih 92,000 ahli menunaikan tanggungjawab itu semalam.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan negeri, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keadaan dan jumlah itu membuktikan komitmen tinggi akar umbi terhadap demokrasi dalaman parti berkenaan.

Menurut Menteri Besar Selangor itu, pemilihan kali ini berjalan lancar dengan majoriti ahli mengundi secara dalam talian sejajar selaras pendekatan digital yang diamalkan PKR
.
“Berdasarkan anggaran kami, sebanyak 76 peratus telah melaksanakan tanggungjawab sama ada secara fizikal atau online.

“Keputusan rasmi dijangka diumumkan mulai pukul 12 tengah hari ini dan berharap semua pihak menghormati keputusan undian,” katanya ketika ditemui pada majlis Tautan Kasih Komuniti Sabak Bernam di Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Pengerusi PKR negeri, Datuk Borhan Aman Shah memaklumkan bahawa negeri itu mencatat jumlah pengundi tertinggi iaitu lebih 98,000 ahli.

Sebanyak 98.5 peratus daripada mereka memilih untuk mengundi secara dalam talian kerana lebih mudah dan fleksibel.

Pengundi secara fizikal pula kebanyakannya warga emas dan mereka yang kurang biasa dengan teknologi.

Mengulas lanjut, kata Amirudin, sistem pengundian dalam talian yang meliputi 90 peratus proses keseluruhan dilihat berkesan dalam memastikan kelancaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya