Pemandu rentung kereta terbakar selepas terbabas

Pemandu rentung kereta terbakar selepas terbabas

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah kereta yang terbakar selepas terbabas dan terbalik hingga menyebabkan pemandunya rentung di Kilometer 65.3, Lebuhraya PLUS di Pendang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG:  Seorang individu rentung selepas kereta dipandunya terbabas dan terbakar dalam kejadian di Kilometer 65.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Cempedak, Mohd. Hafizam Abd. Rasid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.36 malam dan mendapati sebuah kereta dalam keadaan terbalik sedang terbakar.

“Sebaik tiba didapati sebuah kereta dipercayai jenis Hyundai sedang terbakar dalam keadaan terbalik akibat terbabas selepas melanggar pembahagi sebelah kiri jalan.

“Anggota bomba mengambil masa 40 minit untuk padamkan api sebelum menemui mayat rentung di tempat duduk pemandu sebelum menemukan satu mayat yang tidak dapat dikenal pasti jantinanya rentung di kerusi pemandu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata Mohd Hafizam, mayat yang sedang dikenal pasti identiti itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Pendang, Superintenden Rodzi Abu Hassan mengesahkan kejadian namun tidak mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan.

“Kes ini diurus oleh Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah berikutan keadaan kereta yang tidak dapat dikenal pasti jenisnya, nombor pendaftaran dan casis selepas terbakar dalam kejadian itu. Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN