Pemandu lori didenda RM8,000 cuba rasuah polis

Pemandu lori didenda RM8,000 cuba rasuah polis

TANG Chin Haur (dua dari kiri) ketika berada di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuba merasuah polis kerana memiliki air ketum, empat tahun lalu.

Tang Chin Haur, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh menawarkan suapan berjumlah RM3,900 kepada Koperal Mohd Aliyudin Abdul Aziz sebagai dorongan agar tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 iaitu memiliki cecair disyaki air ketum. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di khemah sekatan jalan raya di Jalan Sungai Bakau di Nibong Tebal pada 27 Jun 2021.

Atas kesalahan itu, dia boleh  didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 10 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noor Azura Zulkifli manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Chin Haur dalam rayuannya memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan dia terpaksa menanggung ibu bapa, isteri serta seorang anak yang masih bersekolah.

Tertuduh bagaimanapun membayar denda berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya