HONG KONG: Pelakon, Ku Feng ditemukan tidak bernyawa di kediamannya dekat sini, baru-baru ini.
Kematian Aktor berusia 94 tahun itu disahkan oleh rakannya yang juga pelakon, Barry Wai.
Media tempatan pelakon itu ditemukan mati kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan.
Punca kematiannya masih dalam siasatan.
Wai dalam perkongsian menerusi platform Douyin baru-baru ini menyifatkan mendiang seorang yang banyak membantu kenalannya yang dalam kesusahan.
”Pakcik Ku sudah tiada. Saya bersyukur kerana mengenali mendiang,” katanya.
Memulakan karier seni pada tahun 1959, mendiang mempertahankan kerjaya lakonannya lebih lima dekad.
Sepanjang pembabitannya, Ku telah muncul dalam 100 buah filem yang kebanyakannya terbitan syarikat Shaw Brothers.