Pelajar UUM dirempuh bas maut akibat kecederaan pada jantung - Utusan Malaysia

Pelajar UUM dirempuh bas maut akibat kecederaan pada jantung

JENAZAH Manarina Hasya Muhamad Karim dibawa pulang ke Labis, Johor setelah proses bedah siasat selesai dilakukan di Jabatan Forensik HSB, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Punca kematian pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, yang dirempuh bas mendapati dia cedera pada bahagian jantung akibat hentakan atau pelanggaran kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, keputusan itu hasil proses bedah siasat ke atas mangsa yang dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, hari ini.

“Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan lebam pada jantung yang berpunca daripada hentakan atau pelanggaran kenderaan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Radzi berkata, pihaknya telah selesai mengambil keterangan daripada kedua-dua pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan itu.

“Ujian urin yang dilakukan ke atas pemandu bas yang melanggar sebuah lagi bas di hadapannya didapati negatif dadah. Mengikut siasatan awal, pemandu bas terbabit hanya mengaku tidak menyedari bas di hadapan berhenti,” ujarnya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan seorang penuntut UUM maut selepas dilanggar sebuah bas dalam kejadian di hadapan perhentian bas di Jalan Persiaran Perdana, Kampus UUM di Sintok, kira-kira pukul 8.45 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada badan sebelum meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HSB pada pukul 6.30 petang hari sama.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila bas pertama sedang berhenti di perhentian itu untuk mengambil penumpang sebelum kenderaan itu tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh sebuah lagi bas.

Impak perlanggaran menyebabkan bas di hadapan menggelongsor ke hadapan lalu melanggar besi penghadang jalan seterusnya menghimpit mangsa yang sedang menunggu giliran untuk menaiki bas pertama.

Kedua-dua pemandu bas berusia 32 dan 37 tahun tidak mengalami kecederaan dengan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya