Pelajar SMK Tinggi Setapak dipindahkan ke dua lokasi

Pelajar SMK Tinggi Setapak dipindahkan ke dua lokasi

FADHLINA Sidek bergambar bersama para pemenang anugerah pada Majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO Ke-56 2024 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 96 pelajar Sekolah Menengah (SMK) Tinggi Setapak, Kuala Lumpur yang terjejas dengan kebakaran blok asrama sekolah mereka malam tadi kini ditempatkan di dua lokasi berdekatan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, mereka kini ditempatkan di asrama berdekatan dan kuarters guru di hadapan sekolah mereka.

Beliau berkata, lokasi penempatan sementara itu adalah pilihan terbaik buat masa ini kerana ia dekat dengan bangunan sekolah.

“Pelajar terjejas tidak perlu pergi jauh sangat ke asrama lain (sekolah lain) dan tiada isu logistik susulan insiden ini.

“Kita juga akan memastikan bahawa penempatan baru itu dekat dan juga selesa untuk mereka (pelajar terjejas),” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO Ke-56 2024 di sini hari ini.

Katanya, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan telah mengambil tanggungjawab untuk melihat dan memberikan bantuan segera susulan insiden itu.

Fadhlina berkata, aspek kebajikan pelajar dan warden asrama menjadi keutamaan ketika ini termasuk kelengkapan buku teks dan kelengkapan sekolah.

“Buat masa ini, mereka (pelajar) akan belajar secara talian sementara menunggu proses penempatan semula,” katanya.

Sebelum ini, Fadhlina dilaporkan berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan segera kepada SMK Tinggi Setapak, susulan kebakaran melibatkan sebuah blok bangunan asrama sekolah itu semalam yang menempatkan 91 pelajar lelaki.

Bagaimanapun, semua pelajar dilaporkan selamat kerana kejadian berlaku ketika mereka berada di surau sekolah untuk menunggu waktu Isyak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya