Peguam Najib belum putus panggil Roger Ng

Peguam Najib belum putus panggil Roger Ng

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini memaklumkan pihaknya masih belum memutuskan sama ada akan memanggil bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa yang turut terlibat dalam skandal penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai saksi.

Sebaliknya, peguam itu memaklumkan pada peringkat ini, pihaknya hanya akan menemuramah bekas pegawai bank itu terlebih dahulu.

“Kami hanya akan memutuskan sama ada ingin memanggilnya sebagai saksi selepas temuramah tersebut,” kata Muhammad Shafee.

Sehubungan itu, pembelaan yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon agar sapina bertarikh 14 April lalu yang dikeluarkan terhadap Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) ditarik balik.

Bagaimanapun tarikh bila temuramah itu akan dilakukan masih belum dipastikan.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian membatalkan sapina terhadap Ketua Pengarah tersebut.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar memaklumkan pihaknya memerlukan tarikh bila temuramah akan dilakukan dan bila Chong Hwa akan dipanggil sebagai saksi.

Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan menjalankan prosedur sewajarnya dalam memastikan kehadiran lelaki terbabit.

Pembelaan sebelum ini memohon mahkamah mengeluarkan beberapa sapina termasuk kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bagi mengetahui keberadaan Chong Hwa.

Pada 8 Oktober 2023, Razarudin dilaporkan berkata bahawa Chong Hwa telah tiba di negara ini bagi membantu siasatan pihak berkuasa berkaitan skandal 1MDB manakala sekitar Disember tahun lalu, Ketua Polis itu memberitahu bahawa siasatan terhadap lelaki itu masih lagi berjalan.

Pada 9 Mac 2023, Mahkamah Brooklyn, New York mendapati Chong Hwa bersalah kerana membantu bekas orang atasannya, Tim Leissner menggelapkan wang daripada 1MDB, mencuci hasil dan merasuah pegawai kerajaan untuk mendapatkan perniagaan.

Mahkamah terbabit turut menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap lelaki berkenaan namun hukuman tersebut digantung sehingga Chong Hwa selesai membantu pihak berkuasa Malaysia.

Lelaki itu juga perlu `dipulangkan’ semua ke Amerika Syarikat selepas siasatan selesai bagi menjalani hukuman.

Perbicaraan masih berjalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya