PATI Myanmar ditahan semasa cuba menyeberangi Sungai Golok - Utusan Malaysia

PATI Myanmar ditahan semasa cuba menyeberangi Sungai Golok

PATI Myanmar yang berjaya ditahan semasa cuba menyeberang Sungai Golok di Tanah Merah, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Hasrat empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar untuk pulang ke negara asal gagal selepas ditahan Tentera Darat Malaysia (TDM) semasa cuba menyeberangi Sungai Golok, di sini semalam.

Kesemua PATI termasuk seorang wanita yang masing-masing berusia antara 25 hingga 73 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 malam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) berkata, semasa ditahan kesemua PATI itu memaklumkan mereka menggunakan khidmat tekong warganegara Thailand untuk kembali semula ke Myanmar dengan membayar sejumlah wang.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua mereka mengaku, telah menetap di negara ini secara tidak
sah selama lima hingga tahun.

“Pada masa sama, kita turut menjumpai barangan bernilai RM16,072.94,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN