Pasangan kembar amal baca al-Quran setiap Subuh

Pasangan kembar amal baca al-Quran setiap Subuh

MUHAMMAD Fadlin Adib Hisham (kiri) dan Muhammad Fadlin Adam Hisham mencapai keputusan cemerlang 12A dalam peperiksaan SPM 2024 ketika ditemui di SM Imtiaz Yayasan Terengganu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Membaca al-Quran setiap Subuh antara amalan dilakukan pasangan kembar yang meraih keputusan cemerlang 12A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diumumkan, kelmarin.

Muhammad Fadlin Adib Hisham, 18, dan kembarnya, Muhammad Fadlin Adam Hisham yang merupakan pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang, menjadikan amalan itu sebagai penenang jiwa serta sumber kekuatan rohani mereka berdua.

Muhammad Fadlin Adib yang juga hafiz al-Quran sejak tingkatan empat berkata, kejayaan dicapainya itu sebagai hadiah buat ibu bapa dan guru-gurunya yang sentiasa mendoakan serta memberi dorongan tanpa jemu.

“Membaca al-Quran setiap hari selepas solat Subuh menjadi terapi rohani sepanjang tempoh pem­belajaran. Saya juga yakin kepada kekuatan doa. Disiplin dalam kelas serta kerjasama dengan rakan dan guru juga diberi penekanan. Sokongan keluarga, guru serta pihak sekolah menjadi tunjang kejayaan saya dalam SPM.

“Selain amalan rohani yang konsisten serta tumpuan dalam kelas, saya serta abang kembar Muhammad Fadlin Adam turut mengikuti tuisyen ketika cuti persekolahan dan kelas tambahan,” katanya yang berasal dari Dungun, dekat sini.

Mereka merupakan anak kepada pasangan Nor Afisah Mohd. Noor, 53, yang merupakan guru dan Hisham Ismail, 54, seorang penyelia di Petronas.

Muhammad Fadlin Adib yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik berkata, dia berminat melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Sementara itu, Muhammad Fadlin Adam berkata, tiada yang dapat diungkapkan selain menzahirkan rasa syukur atas kejayaan itu, apatah lagi digapai bersama adik kembarnya.

“Amalan solat sunat dan bacaan al-Quran menjadi sumber ketenangan serta kekuatan dalaman diri. Aktiviti riadah bersama rakan-rakan pula membantu saya tangani tekanan secara berkesan.

“Biarpun sepanjang tempoh peperiksaan saya turut berdepan cabaran tertentu, syukur semuanya dipermudah. Saya juga berhasrat sambung pengajian di UTP selepas ini,” katanya yang juga hafiz al-Quran sejak tingkatan empat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya