Pasangan kekasih diberkas, disyaki pecah kedai, surau

Pasangan kekasih diberkas, disyaki pecah kedai, surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pasangan kekasih berjaya diberkas kerana disyaki terlibat dalam beberapa jenayah pecah kedai dan surau di sekitar daerah ini, pagi tadi.

 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, pasangan berusia 22 dan 21 tahun yang difahamkan telah bertunang itu ditahan di Ladang Sungai Kluang, Jalan Padang Tambak, di sini pada pukul 1 pagi.

 

“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek lelaki mempunyai enam rekod jenayah dan tiga rekod dadah.

 

“Suspek wanita pula mempunyai dua rekod dadah. Saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

 

Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya