GUA MUSANG: Pemasangan Sistem Pagar Elektrik Gajah Komuniti (SPEGKOM) oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan bernilai RM50,000 di kawasan Ladang Subong di sini, membantu mencegah kemasukan haiwan itu ke penempatan manusia. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) RPT Kesedar Sungai Terah, Wan Mohd. Suhanis Wan Sulaiman berkata, langkah itu membantu menyelesaikan kemelut yang dialami penduduk sejak hampir empat tahun lalu. “Gajah ini bukan sahaja menceroboh kawasan ladang dan kebun malah merosakkan tanaman. Kami menanggung kerugian dalam jumlah yang besar kerana terpaksa menghadapi masalah ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya