Ops Gasak: Warga asing ditahan, rokok seludup dirampas

Ops Gasak: Warga asing ditahan, rokok seludup dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 62 warga asing ditahan manakala pelbagai barangan perniagaan termasuk rokok seludup dirampas dalam Ops Gasak di sekitar Parlimen Bandar Tun Razak, di sini, semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, operasi bersepadu itu dijalankan hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Sebanyak 62 warga asing yang mengendalikan perniagaan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen untuk dokumentasi dan rekod,” katanya dalam kenyataan.

DBKL berkata, tiga premis dikendalikan warga asing turut ditutup di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Tujuh notis tawaran kompaun dikeluarkan di bawah pelbagai undang-undang kecil melibatkan pelesenan penjaja, perniagaan dan petempatan makanan.

“Enam tindakan pindah halangan juga dilakukan terhadap barangan perniagaan yang diletakkan di tempat awam tanpa kebenaran,” katanya.

Dalam operasi sama, KPDN menyita dua unit barangan bernilai kira-kira RM2,000 dan mengeluarkan dua notis kompaun terhadap pemilik syarikat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972.

Sementara itu, JKDM turut merampas sebanyak 9,756 batang rokok putih seludup dianggarkan bernilai RM8,198.96 kerana tidak memiliki label cukai sah.

DBKL menegaskan tindakan dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi-lokasi tumpuan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN