Muna Qaisara dalam keadaan baik, selamat - Ibu

Muna Qaisara dalam keadaan baik, selamat – Ibu

MUNA QAISARA MUHAMMAD BUDIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: “Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kerana akhirnya Muna selamat dijumpai,” kata Juliana Feceliana Johari, 42.

Juliana adalah ibu kepada pelajar perempuan berusia 15 tahun, Muna Qaisara Muhammad Budiman yang dilaporkan hilang dari asrama sebuah sekolah di daerah ini, Sabtu lalu.

Juliana berkata, ketika ini, anaknya itu berada dalam keadaan baik dan selamat bersamanya serta suami.

“Terima kasih semua yang telah membantu usaha mencari Muna Qaisara. Dari sekecil-kecil usaha amat kami hargai sama ada melalui doa, terlibat dalam gerakan mencari, perkongsian maklumat atau kata-kata semangat. 

“Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan kalian dengan sebaik-baik ganjaran,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Pelajar tersebut ditemukan selamat di sebuah daerah di Terengganu petang semalam. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor.

Sejak berita kehilangannya tular dalam media sosial, pelbagai pihak memulakan gerakan mencari termasuk melakukan solat hajat dan doa selamat agar Muna Qaisara berjaya ditemukan dengan selamat. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN