Meninggal dunia semasa membaca surah Al-Mukminun

Meninggal dunia semasa membaca surah Al-Mukminun

JENAZAH Tuan Adli Tuan Yusof diusung keluar selepas solat jenazah di Masjid Putra Taman Desa SBJ Putra, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang peniaga pisang goreng meninggal dunia dalam penuh kemuliaan semasa sedang membaca surah Al-Mukminum ayat ke-66 di Masjid Putra Taman Desa SBJ Putra, Pasir Pekan, di sini malam tadi.

Kejadian pukul 10.10 malam itu berlaku semasa Tuan Adli Tuan Yusof, 57, sedang membaca al-Quran sebelum dia tersembam dan kemudian disahkan meninggal dunia.

Guru al-Quran, Wan Rahim Wan Yusof, 65, berkata, semasa arwah sedang bertaranum dia telah berhenti secara mengejut dan mukanya tersembam di atas al-Quran.

Menurutnya, dalam keadaan panik dia bersama yang cuba memberi bantuan pernafasan selain mengajar arwah mengucap.

“Kami terus menghubungi keluarga arwah dan pihak perubatan yang hadir ke masjid mengesahkan dia sudah meninggal dunia. Setiap minggu ada kelas mengaji al-Quran di masjid ini. Ia sudah bermula dua tahun lalu. Malam tadi, seramai 12 orang termasuk arwah telah hadir untuk mengikuti kelas tersebut,” ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu anak sulung arwah, Tuan Amirul Adnin, 30, memberitahu, ayahnya akan solat berjemaah setiap waktu memandangkan rumah mereka berdekatan dengan masjid berkenaan.

“Tempat ayah berniaga hanya sebelah masjid dan setiap kali azan, dia akan meninggalkan gerai kepada ibu untuk solat berjemaah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya