Mangsa letupan paip gas berhak tuntut pampasan

Mangsa letupan paip gas berhak tuntut pampasan

PEMILIK harta yang terjejas boleh mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebabkan kerugian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mangsa insiden letupan paip gas di Putra Heights dekat sini yang menyebabkan kemusnahan harta benda dan kecederaan pada 1 April lalu berhak menuntut pampasan daripada pihak yang terbukti cuai dalam insiden tersebut.

Pensyarah Undang-undang Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, pemilik harta yang terjejas boleh mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebabkan kerugian.

Beliau berkata, mangsa terlibat perlu menyatakan justi kasi terhadap tuntutan yang dilakukan bagi memudahkan proses.

Katanya, walaupun insiden itu dianggap tidak disengajakan, ia tidak menghalang sebarang bentuk tindakan undang-undang sekiranya terdapat bukti kecuaian yang menyebabkan kejadian berlaku.

“Jika siasatan mendapati letupan berpunca daripada kecuaian seperti penyelenggaraan paip gas yang lemah atau kerja pengorekan tanpa pengawasan sewajarnya, pihak yang bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Insiden letupan dan kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights pada 1 April lalu bermula sekitar pukul 8.10 pagi di Jalan Putra Harmoni.

Letupan tersebut menyebabkan kebakaran besar dengan api mencapai ketinggian sehingga 30 meter serta mengakibatkan kerosakan pada lebih 200 rumah dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik serta gas di kawasan sekitar.

Nilai kerosakan keseluruhan membabitkan kediaman terjejas mencecah RM65.4 juta. Muzaffar Syah berkata, kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi memberi peluang kepada pihak berkemahiran dan berpengalaman untuk menyiasat secara mendalam segala isu yang berbangkit berhubung insiden tersebut.

Dalam konteks ini, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memberi perkenan bagi penubuhan RCI melalui Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, khususnya Seksyen 2 yang memperuntukkan Seri Paduka boleh melantik Pesuruhjaya untuk menyiasat perkara yang berkaitan dengan kepentingan awam.

“Perkataan ‘kebajikan awam’ dalam akta ini adalah luas termasuk segala isu berbangkit yang memerlukan siasatan lebih lanjut, seperti kejadian letupan paip gas di Putra Heights.

“Hasil siasatan dari RCI ini dapat memberi cadangan bernas kepada kerajaan agar boleh digunakan untuk mengambil tindakan lebih tegas dalam menangani isu ini dan memastikan kejadian tidak berulang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya