SUBANG JAYA: Sejumlah 10 keluarga dari Kampung Kuala Sungai Baru di sini yang terjejas kebakaran paip gas minggu lalu terpaksa kembali ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights di sini.
Petugas PPS berkenaan memaklumkan, keadaan itu berikutan kediaman mereka terjejas akibat banjir susulan hujan lebat sejak pukul 2 pagi tadi.
Difahamkan PPS Dewan Camelia Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) juga dijangka dibuka semula bagi menempatkan mangsa insiden kebakaran yang terjejas akibat banjir tersebut.
Bagaimanapun, perkara itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat. – UTUSAN