Malaysia sedang bincang dengan AS isu tarif timbal balas

Malaysia sedang bincang dengan AS isu tarif timbal balas

JOHARI Abdul Ghani (kiri) beramah mesra dengan warga Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara sempena Majlis Apresiasi di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan sedang berbincang dengan Amerika Syarikat (AS) berkaitan tarif timbal balas oleh pentadbiran Presiden Donald Trump yang dikenakan ke atas seluruh negara termasuk Malaysia.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, seluruh negara di dunia terkesan dengan pelaksanaan itu.

“Isu tarif ini semua negara dunia akan terkesan. Kita Malaysia kena 10 peratus campur 24 peratus, Vietnam pula kena 10 peratus campur 56 peratus. Macam-macam negara, macam-macam peratusan.

“Untuk tarif 24 peratus kita tidak akan kena apa-apa dalam 90 hari ini, cuma 10 peratus. Kita (Malaysia) negara kecil, penduduk tidak besar, jadi kena bincanglah (dengan AS),” katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara Tahun 2025, di sini hari ini.

Terdahulu, Malaysia dilapor mengemukakan empat bidang utama bagi mencapai penyelesaian yang dipersetujui bersama berhubung perkara tarif timbal balas yang diumumkan oleh pentadbiran Presiden AS.

Sehubungan itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengetuai delegasi untuk bertemu dan berbincang dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan AS, Duta Besar Jamieson Greer, di Washington DC kelmarin.

Dalam pertemuan tersebut, Malaysia berkongsi mengenai keterbukaannya untuk meneruskan rundingan mengenai tarif timbal balas yang dikenakan oleh AS terhadap Malaysia. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya