Mahkamah tetapkan lapan hari perbicaraan bekas penceramah menyamar peguam

Mahkamah tetapkan lapan hari perbicaraan bekas penceramah menyamar peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEREMBAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan lapan hari pada bulan Julai dan Oktober depan bagi tarikh perbicaraan bekas penceramah bebas yang dituduh menyamar sebagai peguam berkelayakan dengan menipu mangsa sejak 2021.

Tertuduh, Muhammad Syafiq Stewart Abdullah, 45, hadir pada prosiding sebutan semula kes hari ini.

Hakim, Norina Zainol Abidin memberitahu, mahkamah telah melapangkan lapan hari bagi tarikh perbicaraan selepas mendapat persetujuan bersama daripada pihak pendakwaan, pembelaan dan peguam pemerhati.

Tarikh perbicaraan tersebut bermula 14, 15, 16, 17 Julai dan seterusnya 27, 28, 29, 30 Oktober depan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shafatihah Nor Azmi memaklumkan, pihak pendakwaan dijangka akan memanggil seramai 15 hingga 20 saksi termasuk saksi awam, pegawai penyiasat dan pegawai mahkamah.

Peguam, Ahmad Zahid Abu Hashim yang mewakili tertuduh tidak membantah dan bersetuju dengan tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

Mahkamah turut dimaklumkan bahawa peguam, R.Manian akan bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam Malaysia bagi kes tersebut.

Mengikut tiga pertuduhan Muhammad Syafiq Stewart didakwa telah menyatakan bahawa dirinya adalah seorang peguam bela dan peguam cara yang berkelayakan dengan menipu dua mangsa.

Kesalahan itu dilakukan pada 18 November 2021 dan 2 Mac 2022 di Kompleks Mahkamah Seremban.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 416 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 419 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya