Letupan paip gas: Tabung Selangor Prihatin kumpul RM4.7 juta

Letupan paip gas: Tabung Selangor Prihatin kumpul RM4.7 juta

AMIRUDIN Shari mempengerusikan taklimat khas letupan paip gas Putra Heights di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri menerusi Tabung Selangor Prihatin berjaya mengumpul sebanyak RM4.74 juta bagi membantu mangsa letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang dan memainkan peranan dalam usaha pemulihan itu.

Jelasnya, kerajaan negeri berharap segala usaha, kerjasama dan semangat solidariti yang terjalin terus diperkukuhkan.

“Ia juga bagi menjamin masa depan yang lebih selamat dan sejahtera untuk semua. Setakat ini, sebanyak RM4.74 juta telah dikumpulkan menerusi Tabung Selangor Prihatin bagi membantu mangsa insiden Putra Heights,” katanya.

Semalam, beliau mempengerusikan taklimat khas insiden letupan bersama para Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen Backbenchers (penyokong) Negeri Selangor.

“Taklimat itu memberi gambaran tentang langkah segera yang telah dan akan diambil kerajaan negeri dalam menangani kesan insiden serta memastikan kebajikan mangsa terus menjadi keutamaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya