Exco, ADUN, penjawat awam Selangor potong gaji serah sumbangan

Letupan paip gas: Exco, ADUN, penjawat awam Selangor potong gaji serah sumbangan

Sumbangan
AMIRUDIN Shari bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Mesyuarat MMKN, di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyerahkan sumbangan ke dalam Tabung Prihatin Selangor melalui potongan gaji bagi membantu mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Heights.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, selain mereka, penjawat awam berpangkat gred 48 dan ke atas turut memberikan sumbangan sama sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Selangor daripada kumpulan itu.

“Berikutan itu semua Exco akan menyumbang RM1,000, sementara ADUN akan memberikan RM200 dan penjawat awam yang bergred 48 dan ke atas akan menyumbang RM50 daripada gaji mereka.

“Nilai keseluruhan sumbangan itu dianggarkan lebih RM500,000 dan akan dimasukkan ke dalam Tabung Prihatin Selangor bagi membantu proses pemulihan yang dirancang oleh kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita, semalam.

Kata Amirudin, kesemua duit tabung tersebut akan digunakan untuk membayar kos sewa rumah sementara mereka, baik pulih rumah dan lain-lain lagi.

“Kita buat tabung ini kerana ramai pihak yang hendak berikan sumbangan mereka untuk bantu mangsa Putra Heights,” ujarnya.

Tambahnya, pelbagai pihak menyatakan hasrat untuk memberikan sumbangan ke dalam tabung tersebut dan ia merupakan petanda positif bagi membantu kesemua mangsa.

Jelas Amirudin, sebuah laman sesawang bagi menyiarkan egala bantuan yang diberikan Kerajaan Persekutuan, negeri, Petronas dan pihak lain dimuat naik mulai malam tadi bagi memudahkan mangsa memohon bantuan.

“Laman sesawang tersebut akan memaparkan jumlah terkini mereka yang menerima bantuan. MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) pula akan memberikan bakul makanan kepada mangsa yang mampu bertahan selama sebulan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN