Lencana Jalur Gemilang lambang cinta kepada Malaysia

Lencana Jalur Gemilang lambang cinta kepada Malaysia

ADAM DANISH Yuslan (tiga dari kiri) bersama rakan-rakan dan guru menunjukkan lencana Jalur Gemilang ketika sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad di Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Pemakaian len­cana Jalur Gemilang oleh pe­lajar sekolah mendapat sam­butan sebagai satu usaha mem­perkukuh semangat patrio­tisme dalam kalangan generasi muda.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Syed Ahmad, Ahza Irdina Ahmad Irwan berkata, inisiatif yang digalakkan oleh kerajaan itu mampu menyemai perasaan cinta dan bangga terhadap tanah air, bermula dari bangku sekolah.

Katanya, lencana yang dipakai di dada kanan seragam sekolah itu bukan sekadar simbol, malah menjadi pengingat kepada mereka tentang pentingnya jati diri sebagai rakyat Malaysia.

“Setiap kali melihat lencana ini, saya rasa lebih dekat dengan negara. Ia mengingatkan saya tentang pengorbanan para pejuang kemerdekaan dan tanggungjawab saya untuk menjadi rakyat yang berbakti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kementerian Pendidikan membekalkan dua pin lencana Jalur Gemilang secara percuma kepada semua murid untuk sesi persekolahan 2025/2026 dengan pengedaran dilaksanakan secara berperingkat.

Seorang lagi pelajar, Adam Danish Yuslan, 16, berkata, ia memberi semangat untuknya belajar bersungguh-sungguh demi masa depan negara.

“Saya berasa megah kerana dapat tunjukkan rasa kecintaan saya terhadap Malaysia melalui pemakaian lencana ini.

“Guru-guru turut menyo­kong langkah ini dengan harapan ia dapat memupuk sema­ngat patriotik yang berterusan kepada kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya