Lebih 35,000 pengunjung serbu Karnival Jom Masuk U Zon Timur II

Lebih 35,000 pengunjung serbu Karnival Jom Masuk U Zon Timur II

MOHD. Yusof Md. Nor (tengah) beramah mesra bersama pengunjung yang hadir di Karnival Jom Masuk U Zon Timur II di Kuala Nerus, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Lebih 35,000 pengunjung hadir ke Karnival Jom Masuk U Zon Timur II 2025 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk mendapatkan pelbagai maklumat bagi menyambung pengajian.

Karnival yang berlangsung dua hari bermula semalam itu dianjurkan Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang disertai pelbagai institusi awam dan swasta termasuk politeknik, kolej komuniti serta Bahagian Pendidikan Tinggi Mara.

Pro-Canselor UniSZA, Tan Sri  Dr. Mohd Yusof Md. Nor berkata, program itu sangat signifikan sebagai platform strategik dalam membuka pintu pendidikan tinggi secara menyeluruh dan telus kepada pelajar lepasan sekolah di seluruh negara.

“Karnival ini adalah usaha menyeluruh untuk memberikan maklumat yang tepat dan relevan kepada bakal mahasiswa serta membantu mereka membuat pilihan yang bersesuaian dengan minat, potensi dan keperluan masa hadapan.

“Ia juga menjadi platform penting dalam mempersiap generasi muda untuk masa depan pendidikan tinggi dan cabaran Revolusi Industri 5.0,”  katanya ketika berucap merasmikan program tersebut di sini, hari ini.

Pameran mengenai teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), Blockchain, Realiti Maya (VR) dan pengkomputeran awan antara reruai yang diserbu pengunjung untuk mengenai perkembangan terkini kini  dalam pembangunan industri serta sistem pembelajaran negara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya