Langgar lampu merah punca dua beradik maut

Langgar lampu merah punca dua beradik maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan melanggar isyarat lampu merah dikenal pasti sebagai punca dua beradik maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat menuju ke Felda Ulu Tebrau, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kemalangan pada pukul 9.50 malam itu melibatkan sebuah motosikal jenis Honda yang ditunggang seorang remaja, Ammar Saifullah Zaibur, 15, bersama kakaknya, Nuraisyah Amalin, 20.

Katanya, siasatan awal mendapati motosikal tersebut datang dari arah Jalan Ledang menghala ke Felda Ulu Tebrau sebelum dipercayai membelok ke kanan dan melanggar lampu isyarat merah.

“Dalam masa yang sama, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dipandu seorang lelaki berumur 40 tahun datang dari arah bertentangan dan bergerak terus kerana lampu isyarat menunjukkan warna hijau.

“Pemandu itu tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian kanan motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kata Mohd. Sohaimi, akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak ke laluan bertentangan dan mengalami kecederaan parah di kepala serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penunggang motosikal tersebut juga tidak mempunyai lesen memandu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya