KPKT adakan 79 sesi libat urus URA

KPKT adakan 79 sesi libat urus URA

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan 79 sesi libat urus bersama agensi persekutuan dan negeri yang menyentuh penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA). 

Menterinya Nga Kor Ming berkata, ia sebagai sebahagian usaha kementeriannya dalam memastikan pembangunan semula bandar dapat dilaksanakan secara sistematik, terancang dan cekap.

Katanya, jumlah sesi libat urus tersebut melibatkan pelbagai pihak dan agensi serta sektor termasuk Jawatankuasa Khas Parlimen.

“Jumlah tersebut dibuat sepanjang tempoh dua tahun.Ini juga usaha menyeluruh untuk memberi pemahaman kepada semua berkenaan langkah kerajaan Madani demi kepentingan rakyat,” katanya ketika ditemui dalam Ekspedisi Pembaharuan Semula Bandar Bersama Ahli Parlimen anjuran KPKT di sini hari ini. 

Bagaimanapun, Kor Ming dalam masa yang sama meluahkan rasa kesal selepas jemputan sesi lawatan tersebut tidak disertai ahli Parlimen pembangkang. 

“Jemputan kepada mereka sudah pun diedarkan. Malah mula-mula mereka janji mahu datang. Tetapi mereka gagal hadirkan diri sertai ekspedisi berkenaan, “jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN