KPDN Terengganu keluar 24 kompaun Skim Harga Maksimum 

KPDN Terengganu keluar 24 kompaun Skim Harga Maksimum 

MOHD. Mufsi Lat (berdiri, kanan) menyantuni tetamu pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Terengganu di Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 24 peniaga dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaan Op Pantau dan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2025.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Terengganu, Mohd. Mufsi Lat berkata, kesalahan itu dikesan hasil 3,939 pemeriksaan yang dilakukan di seluruh negeri.  

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 20 kes adalah kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 manakala empat kes lagi adalah kesalahan di bawah Akta Timbang Dan Sukat 1972.

“Kita laksanakan Op Pantau bermula dari 2 hingga 30 Mac lalu dengan membuat pemantauan bekalan dan harga barang, jualan murah, penggunaan alat timbangan, penjualan barangan tiruan atau cetak rompak, pelabelan halal serta penjualan barang keperluan sempena Hari Raya Aidilfitri. 

“Selepas itu, pelaksanaan SHMMP yang berkuat kuasa mulai 24 Mac hingga 7 April pula adalah untuk mengekang sebarang aktiviti manipulasi harga oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan ketika musim perayaan. 

“Antara kesalahan utama yang dikenal pasti adalah seperti tidak mempamer tanda harga dan menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan atau tamat tempoh serta gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal,” katanya pada Majlis Apresiasi Kepenggunaan Bersama Pelanggan KPDN Terengganu  di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kenaikan harga santan, beliau berkata,  sehingga kini pihaknya tidak menerima aduan mengenai kenaikan harga yang tidak munasabah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN