Kolam takungan pecah, 35 rumah dilanda banjir kilat di Taman Seri Alam

Kolam takungan pecah, 35 rumah dilanda banjir kilat di Taman Seri Alam

KIRA-KIRA 35 buah rumah di Taman Seri Alam, Saujana Utama, Sungai Buloh dilanda banjir kilat selepas berlaku kejadian kolam takungan air pecah pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 35 buah rumah di Taman Seri Alam, Saujana Utama, Sungai Buloh dilanda banjir kilat ekoran kejadian kolam takungan air yang pecah dalam kejadian awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba, Mohd. Amirul Shafiq Mohamad Mahrin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.26 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya bersama lima anggota bergegas ke lokasi sejauh 25 kilometer.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi pada pukul 7.52 pagi, didapati berlaku banjir setinggi kira-kira satu kaki melibatkan kawasan perumahan tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati banjir berlaku akibat struktur ban berhampiran yang pecah susulan hujan lebat sejak malam tadi.

“Banjir melibatkan anggaran sebanyak 35 buah rumah, namun ketika ini air semakin surut dan tiada pemindahan mangsa dilakukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Operasi pemantauan dan kawalan situasi banjir masih diteruskan sehingga keadaan disahkan benar-benar selamat. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN