Khazanah batal majlis rumah terbuka,

Khazanah batal majlis rumah terbuka, hormati pemergian Tun Abdullah

ABDULLAH AHMAD BADAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd membatalkan acara Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 yang dijadual hari ini sebagai menghormati pemergian Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam kenyataannya, syarikat pelaburan strategik berkaitan kerajaan itu berkata majlis itu sepatutnya diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Ketika negara berkabung atas pemergian Tun Abdullah, kami turut berdukacita dan ingin memaklumkan bahawa Rumah Terbuka Hari Raya 2025 Khazanah telah dibatalkan.

“Doa kami mengiringi Tun Abdullah selain ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham,” katanya.

Abdullah yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri bagi tempoh 2003 hingga 2009, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam semalam pada usia 85 tahun.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN