Ketua Setiausaha Negara terima darjah kebesaran Terengganu

Ketua Setiausaha Negara terima darjah kebesaran Terengganu

SHAMSUL AZRI ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengetuai senarai 130 penerima bintang dan darjah kebesaran negeri Terengganu, hari ini. 

Beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) Yang Amat Terpilih yang membawa gelaran Datuk Seri dalam istiadat penuh istiadat di Istana Syarqiyyah. 

Penganugerahan tersebut bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Turut dikurniakan darjah kebesaran SSMZ ialah Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Pengerusi Eksekutif Melati Ehsan Holdings Berhad, Tan Sri Datuk Yap Suan Chee.

Istiadat penganugerahan disempurnakan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin dan turut disaksikan oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail. 

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Selain itu, Sultan Mizan turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Datuk Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (DSMZ) yang membawa gelaran Datuk kepada lima penerima, antaranya Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad; Konsultan Perhotelan dan Pelancongan Sukan, Abdul Rahman Zabidin; serta Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ), Toh Puan Seri Nur Rahmah Mohd Zin.

Penaung Persatuan Amal dan Kebajikan Bencana Negara, Datuk Wira Shaikh Abdul Halim Shaikh Salah Marie Alkathiri serta Pengerusi Eksekutif Medan Mutiara Sdn Bhd, Datuk Mazli Mohan Alias turut menerima darjah kebesaran tersebut.

Sementara itu, Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada 23 individu termasuk tiga Exco kerajaan negeri iaitu Dr. Azman Ibrahim, Hanafiah Mat dan Ariffin Deraman.

Penganugerahan turut melibatkan pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri, Abdul Kahar Abdul Latif; Pegawai Daerah Dungun, Jusman Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Profesor Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan; serta bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Jelani Sulong.

Pada masa sama, Sultan Mizan turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZ) kepada 23 penerima, Setia Mahkota Terengganu (SMT) kepada 13 penerima, Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (AMZ) kepada 21 penerima serta Ahli Mahkota Terengganu (AMT) kepada 42 penerima. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya