'Ketua cabang tewas tetapi pasukan menang itu biasa'

‘Ketua cabang tewas tetapi pasukan menang itu biasa’

AMINUDDIN Harun ketika ditemui pemberita di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Wujudnya situasi disebut sebagai ‘badan tanpa kepala’ dalam keputusan Pemilihan PKR peringkat cabang baru-baru ini merupakan satu perkara biasa.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bukan sesuatu yang luar kebiasaan apabila ada calon ketua cabang yang tewas tetapi pasukannya pula menang dalam pemilihan parti.

“Apa masalahnya? ada Ketua Cabang tewas tetapi pasukan menang itu biasalah, saya rasa ramai sudah komen mengenai perkara ini di luar sana,” katanya ketika ditemui pemberita pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Port Dickson yang mempertahankan kedudukannya dalam pemilihan peringkat cabang itu baru-baru ini, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Aminuddin berkata, beliau hanya akan memberikan komen selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang akan diadakan lusa.

Semalam sebuah portal berita melaporkan satu mesyuarat tergempar MPP PKR akan diadakan Rabu ini bagi membincangkan dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan dalaman parti yang sedang berlangsung.

Ia termasuk berkaitan proses pemilihan apabila menyaksikan kumpulan tertentu menyapu bersih jawatankuasa cabang tetapi calon ketua cabang mereka tewas dan digelar sesetengah pihak sebagai ‘badan tanpa kepala’.

Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh dilaporkan mengesahkan adanya mesyuarat itu namun menafikan ia merupakan mesyuarat tergempar kerana notis tujuh hari sudah dikeluarkan kepada semua ahli MPP.

Jelasnya, mesyuarat itu diadakan selepas terdapat permohonan daripada sejumlah ahli MPP untuk mengadakannya berdasarkan peruntukan Perlembagaan parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya