Kerajaan perlu menyatakan perkara sebenar isu konsesi Menara KL - Muhyiddin

Kerajaan perlu menyatakan perkara sebenar isu konsesi Menara KL – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa perlu telus dan menyatakan perkara sebenar berhubung isu peralihan konsesi Menara Kuala Lumpur dengan tidak seharusnya dilihat hanya mempertahankan satu pihak semata-mata.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat mahukan penjelasan dan berhak mendapat layanan sama rata dan saksama daripada kerajaan.

Katanya, hukum rimba tidak boleh dijadikan amalan dan norma pentadbiran negara masa kini.

“Adalah tidak wajar bagi kerajaan untuk tidak mempertimbangkan sebuah syarikat bumiputera yang telah mengurus Menara KL selama bertahun-tahun dengan rekod yang baik.

“Pada masa yang sama syarikat tersebut telah dilayan secara tidak adil kerana terpaksa menanggung liabiliti berjumlah lebih RM300 juta. Saya berharap kepincangan yang melibatkan menara telekomunikasi dan aset keselamatan strategik negara ini dapat diperbetulkan dengan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu untuk memberi ruang kepada pengurusan baharu melakukan kerja-kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan demi keselamatan dan keselesaan pengunjung.

Bermula 1 April lalu, pengoperasian, pengurusan dan penyelenggaraan Menara Kuala Lumpur telah diambil alih oleh syarikat LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM).

Muhyiddin berkata, sebelum ini timbul pelbagai cerita yang berbangkit berhubung pengambalihan konsesi Menara Kuala Lumpur termasuk tindakan pengusiran.

“Hakikat bahawa ia mencapai tahap kritikal sehinggakan Kementerian Komunikasi terpaksa menggunakan polis dan agensi lain untuk membuat pengusiran secara paksa hanya untuk memberikan tapak Menara Kuala Lumpur kepada syarikat konsesi baharu memberikan persepsi yang buruk terhadap kerajaan.

“Sejak beberapa hari ini saya membaca tentang kemelut Menara KL yang berkesudahan dengan rampasan paksa tapak Menara KL pada 16 April 2025. Hal ini amat memeranjatkan kerana saya difahamkan pertikaian berkenaan konsesi ini telahpun dikemukakan untuk pengadilan di mahkamah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya