Keputusan bantahan pemilihan PKR minggu depan - Dr. Zaliha

Keputusan bantahan pemilihan PKR minggu depan – Dr. Zaliha

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa ketika berucap pada Majlis Peluncuran Warisan Kuala Lumpur di Menara 1 DBKL di sini, hari ini. Gambar ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PKR mengumumkan keputusan mengenai bantahan keputusan pemilihan di peringkat cabang pada minggu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihaknya masih sedang meneliti bantahan yang dikemukakan calon yang kalah sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya perlu mengambil masa terlebih dahulu sebelum keputusan dapat dimuktamadkan.

“Akan ambil masa sebab kita kena teliti semua bantahan dan aduan sebelum buat keputusan muktamad. Ada beberapa (bantahan) keputusan cabang, kita akan umumkan dalam minggu hadapan,” katanya kepada ketika ditemui di sini hari ini.

Dr. Zaliha berkata demikian selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Warisan KL Warisan Ibu Kota Malaysia Madani di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebelum ini, beberapa nama besar atau pemimpin PKR termasuk menteri dan timbalan menteri tewas dalam pemilihan PKR peringkat Cabang.

Susulan itu, beberapa pemimpin yang gagal mendapatkan tempat di peringkat Cabang itu dilaporkan akan mengemukakan bantahan kepada JPP. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya