Kenapa saya nak kena rehat guna media sosial? - Abby Abadi - Utusan Malaysia

Kenapa saya nak kena rehat guna media sosial? – Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Abby Abadi, berang apabila ada segelintir individu menyuruhnya berehat daripada menggunakan media sosial sementara kemelut keluarganya sedang menjadi tumpuan. 

Bagaimanapun, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata tindakan berdiam diri tidak membuatkan hubungannya dengan anak, Marissa Dania serta menantu, Aslam kembali pulih.

“Ada yang beri pendapat ‘kak Abby rehatlah dari guna media sosial’. Kenapa saya nak kena rehat? Boleh selesai masalah?.

“Saya kerja berniaga secara dalam talian. Saya pulun buat siarang langsung demi sara kehidupan diri, suami dan anak-anak yang masih memerlukan,” tulisnya di aplikasi Thread pada Sabtu. 

Tambah pelakon Gerak Khas The Movie itu lagi, dia sengaja mengalah dalam banyak hal sebelum ini namun semua itu membuatkan dirinya dilihat sebagai seorang wanita yang lemah. 

“Jalan terus, itulah yang terbaik. Saya gagal dalam banyak hal sebelum ini. Sentiasa mengalah agar orang lain lebih bahagia. Semua buat saya nampak lemahkan?

“Demi selamatkan keadaan. Saya rasa, cukuplah. Mahu buat-buat sombong selepas ini,” tambahnya. 

Sementara itu, Abby juga dipercayai menyindir anaknya, Marissa Dania untuk mengurus kehidupannya sendiri tanpa terikat dengan nasihat yang diberikannya sebagai seorang ibu.

“Saya tidak mahu jumpa sesiapapun buat masa ini ya. Boleh urus kehidupannya sendiri. Boleh bawa diri sendiri ke mana-mana pun. 

“InsyaAllah, tiada lagi yang peduli dan melarang lagi. Ikutlah nak buat apapun,” katanya. 

Terdahulu, Marissa meminta agar kemelut keluarganya diselesaikan secara diam-diam tanpa melibatkan perbalahan di media sosial. 

Anak kepada pelakon, Norman Hakim itu juga menepis dakwaan Abby Abadi kononnya bercerita perkara tidak benar berhubung kejadian yang tidak diperincikan. 

Kontroversi keluarga ini kembali diperkatakan apabila ada pihak meminta Abby Abadi memohon maaf kepada isteri pertama menantunya, Umisya Mazlan. 

Terdahulu, Marissa  berkahwin dengan Aslam secara rahsia pada Januari tahun lalu di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Perkara tersebut melukakan hati isteri pertamanya, Umisya yang ketika itu menunaikan umrah. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya