Kempen Taat Setia Rukun Negara fokus media sosial

Kempen Taat Setia Rukun Negara fokus media sosial

AARON Ago Dagang (tengah) merasmikan Majlis Pembukaan Sambutan Minggu Perpaduan 2025 di MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kementerian Perpaduan Negara akan memperhebat Kempen Taat Setia Rukun Negara menerusi pelbagai medium media sosial bermula tahun ini.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kempen itu akan memberi tumpuan kepada prinsip kelima Rukun Negara iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’ yang semakin dilupakan, khususnya dalam kalangan pengguna media sosial.

Menurutnya, elemen kesopanan dalam interaksi harian semakin terhakis, justeru untuk memartabatkan semula nilai tersebut perlu digerakkan secara menyeluruh, terutama dalam dunia digital yang kini menjadi medium utama komunikasi rakyat.

“Dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-55 Rukun Negara tahun ini, saya mencadangkan kempen ini dimulakan di Melaka. Saya yakin Melaka mampu menjadi perintis kerana negeri ini mempunyai program khas seperti Pidato Rukun Negara,” katanya ketika merasmikan Majlis Pembukaan Sambutan Minggu Perpaduan 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, malam tadi.

Aaron turut memaklumkan bahawa kementeriannya aktif melaksanakan pelbagai program fizikal berkonsepkan perpaduan seperti Kelab Rukun Negara di sekolah rendah serta Sekretariat Rukun Negara di universiti awam.

“Namun, tumpuan tahun ini lebih menjurus kepada platform digital sebagai usaha mendekati rakyat dan memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya