Kanak-kanak perempuan maut dipercayai terjatuh di PPR Batu Muda

Kanak-kanak perempuan maut dipercayai terjatuh di PPR Batu Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Sentul, di sini hari ini.

Penduduk enggan dikenali berkata, semasa kejadian, kanak-kanak berusia 12 tahun itu dipercayai sedang bermain bersama adik beradiknya di kawasan lapang di hadapan rumah.

Katanya, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap serta tidak sedarkan diri di bawah Blok C.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya di sini hari ini.

Pemerhatian di lokasi kejadian juga mendapati tiada sebarang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Kita menerima maklumat berkaitan kes itu pada pukul 2.24 petang, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), siasatan lanjut masih diteruskan,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya