Kampung Gong Manak suburkan Silat Tongkat Warisan Seroda

Kampung Gong Manak suburkan Silat Tongkat Warisan Seroda

SEBAHAGIAN peserta seni Silat Tongkat Warisan Seroda di Kampung Gong Manak, Pasir Puteh, Kelantan. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Penduduk Kampung Gong Manak di sini menghidupkan semula seni Silat Tongkat Warisan Seroda bagi mengelakkannya terkubur ditelan arus kemodenan.

Guru seni bela diri itu, Mohd. Saiful Zamri Zali berkata, sejak gelanggang latihan dibuka tiga bulan lalu, seramai 40 belia telah menghidupkan semula silat berkenaan.

“Alhamdulillah semua peserta berjaya menamatkan sesi latihan dengan jayanya untuk sesi pertama tahun ini. Kebiasaan pengambilan pelatih ini diambil dua tahun sekali. Selain penggunaan tongkat, tempur menggunakan keris, pisau, pedang, kelewang, golok turut diberikan pendedahan termasuk tempur tanpa senjata,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Fazula berkata, Silat Tongkat Warisan Seroda bukan sekadar ilmu mempertahan diri tetapi mencerminkan kehalusan budi pekerti dan jati diri Melayu.

Katanya, seni bela diri itu turut diisi dengan falsafah serta nilai-nilai murni yang menjadi tunjang kepada warisan bangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN