Kalau cerai, lawan terus jangan mengalah - Abby Abadi - Utusan Malaysia

Kalau cerai, lawan terus jangan mengalah – Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Bila sudah bercerai, percayalah kita tiada nilai di mata bekas suami.”

Demikian kata pelakon, Abby Abadi yang tetap mahu mempertahankan hak tiga anaknya bersama bekas suami, Norman Hakim.

Menerusi sebuah perkongsian di Threads, Abby menyokong keras setiap wanita menuntut hak mereka dan anak-anak terhadap bekas suami selepas berlakunya perceraian.

“Saya terbaca ada yang tulis ‘dari cerita Abby Abadi dan Cik Epal, saya belajar kalau bercerai, lawan terus untuk dapat hak kita dan serta anak-anak.’

“Ya betul! Jangan simpan dan terlampau relaks mengalah sangat,” katanya dalam platform Threads.

Dalam hantaran sama, pelakon drama bersiri, Gerak Khas itu menyifatkan hubungan baik yang terjalin selepas bercerai tidak memberi sebarang makna lebih-lebih lagi jika berbeza taraf hidup.

“Baiklah macam mana pun, susah senang, seronok sama-sama kononnya. Bila kaya, kita ini tiada pun tak apa. Okey putus terus!” tulisnya.

Dalam hantaran lain, Abby turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang memintanya berhenti mengungkit kisah lama di media sosial.

“Terbaca lagi, ‘move on’ sajalah dan tak ‘classy’ meroyan serta merentan. Eh, selama 17 tahun saya diam, tak mahu pula cop saya wanita dambaan syurga.

“Selepas 17 tahun baru berbunyi, dikata macam-macam. Belajarlah makna amanah, tanggungjawab, adil dan ‘acah-acah’ sekali.

“Sedang sabarlah ini, sembang sikit saja dan tak libatkan ramai orang pun. Tepat ke sasaran!” ujarnya.

Sejak kebelakangan ini, Abby dilihat lantang menyuarakan isu nafkah tiga anaknya bersama Norman, Danish, Dania dan Danisha dan mendakwa aktor itu mengabaikan tanggungjawab terhadap tiga anak mereka sejak bercerai sekitar tahun 2008.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN