Johor tubuh J-ARDC, kukuh sektor pertanian, jaminan makanan

Johor tubuh J-ARDC, kukuh sektor pertanian, keterjaminan makanan

Zahari Sarip (empat kiri) bersama wakil lima syarikat yang dilantik menjalin kerjasama dengan J-ARDC dalam usaha memperkukuh sektor pertanian dan keterjaminan makanan negeri Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Negeri Johor (J-ARDC) bakal memperkukuh sektor pertanian dan keterjaminan makanan negeri ini selari matlamat menjadikan Johor sebagai ‘food bank’ negara.

Pengerusi Jawatan­kuasa Pertanian, Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, J-ARDC akan memainkan peranan bagi memperkasakan sektor pertanian terutamanya melibatkan penyelidikan dan pembangunan.

Menurutnya, idea me­nu­buhkan pusat ber­kenaan terhasil semasa pertemuan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Arthur Joseph Kurup pada 2 Feb­ruari lalu.

“J-ARDC merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor dalam menyelaras dan memperkukuh bidang penyelidikan serta inovasi pertanian di ne­geri ini.

“Matlamatnya adalah meningkatkan sekuriti makanan serta memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan melalui kerjasama pelbagai pihak melalui penggunaan teknologi pertanian maju dan selari dengan peredaran semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung penubuhan J-ARDC, di sini. Turut hadir, Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Seri Isham Ishak.

Tambah Zahari, Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (Johor Biotech) telah diberi mandat me­macu pembangunan J-ARDC menerusi kerja­sama strategik dengan Institut Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Pelan Tindakan Pusat Penyelidikan serta Pembangunan Pertanian Negeri Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya