Jenazah Tun Abdullah dijangka tiba di Masjid Negara, 8.30 pagi ini

Jenazah Tun Abdullah dijangka tiba di Masjid Negara, 8.30 pagi ini

JENAZAH Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dijangka dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas solat Zuhur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dijangka tiba di Masjid Negara kira-kira pukul 8.30 pagi ini.

Jenazah Perdana Menteri Kelima itu akan dimandikan sebelum diberi penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan orang awam di Dewan Solat Utama, Masjid Negara pada pukul 11 pagi hingga 1 petang.

Kemudian, jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zuhur dan seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Pada masa sama, Allahyarham juga diberikan Istiadat Pengembumian negara oleh kerajaan pada urusan pengebumian.

Semalam, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.10 petang akibat masalah pernafas yang dialaminya.

Doktor yang bertanggungjawab merawat arwah di Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Azmee Ghazali berkata, Allahyarham telah dimasukkan ke wad pada pukul 1 pagi semalam akibat masalah pernafasan itu.

“Arwah dimasukkan ke dalam hospital kerana mengalami masalah sesak nafas pada pukul 1 pagi sehingga 7.10 petang ini (semalam).

“Masalah utama adalah disebabkan masalah sesak nafas. Kami sudah buat segalanya serta memberikan bantuan pernafasan. Bagaimanapun, dengan bantuan yang kami lakukan Tun tidak dapat diselamatkan.

“Selain itu, salah satu dari faktor pemergian arwah adalah usia. Faktor usia memainkan peranan yang besar dalam hal ini,” katanya pada sidang akhbar di IJN semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN