Jamal Abdillah lantun lagu 'Azizah' raikan Anwar dan isteri

Jamal Abdillah lantun lagu ‘Azizah’ raikan Anwar dan isteri

ANWAR Ibrahim menyanyi bersama Jamal Abdillah pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Putrajaya.. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan sahaja disajikan menu hidangan raya sebaliknya dihiburkan dengan lantunan lagu ‘Azizah’.

Lebih manis lagu asal dengan judul ‘Azura’ itu didendangkan dengan penuh bertenaga oleh penyanyi asalnya iaitu Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah.

Lagu itu dipersembahkan Jamal di hadapan Anwar dan isteri serta ribuan tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini.

Persembahan itu menerima tepukan dan sorakan gemuruh hadirin yang hadir pada majlis sambutan itu.

Nyanyian oleh penyanyi lagenda negara itu menarik perhatian Anwar dan Wan Azizah.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan meluangkan masa kira-kira 30 minit yang disambut Menteri KPT, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta timbalannya, Datuk Mustapha Sakmud. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN