Isteri Edika Eusof tiba di mahkamah untuk sebutan semula kes cerai - Utusan Malaysia

Isteri Edika Eusof tiba di mahkamah untuk sebutan semula kes cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Tak tahu lagi, kita tengok macam mana.”

Demikian respons isteri pelakon Edika Eusof, Nor Hidayah yang tiba di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Nor Hidayah hadir ditemani anak, Fardeen Nasrulhaq, mengikuti sebutan semula kes perceraian yang difailkannya awal tahun ini.

Pada 24 Mac lalu peguam syarie mewakili Nor Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim mengesahkan wanita itu sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya sekitar pertengahan Februari lalu.

Menurut Yazid, mahkamah menetapkan hari ini sebagai tarikh sebutan semula kes selepas Edika gagal menghadirkan diri dalam prosiding pertama pada bulan lalu.

Menerusi hasil perkongsian hidup dua dekad pasangan ini sejak 2003, Edika dan Nor Hidayah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen dan Fereena Nurulhaq.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN